PRO FORMA KURSUS

Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM)

Bahasa Melayu (Major)

 

Nama Kursus

Pengajaran dan Pembelajaran  Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

Computer Assisted Teaching and Learning For Malay Language

Kod Kursus

BMM2064

Kredit

4

Jam Pembelajaran

160

Bahasa Pengantar

Bahasa Melayu

Prasyarat

Tiada

Semester

Semester 1, Tahun 2

Hasil Pembelajaran

  1. Mengaplikasi pengetahuan tentang  Internet, laman web, pembelajaran secara Dalam Talian dan Luar Talian, model pengajaran dan penyusunan bahan, pengeditan bahan dan penilaian digital dalam proses membina bahan bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
  2. Memilih bahan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
  3. Membina bahan pengajaran secara Dalam Talian atau Luar Talian Bahasa Melayu.
  4. Mengedit bahan pengajaran secara Dalam Talian atau Luar Talian Bahasa Melayu.
  5. Mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Sinopsis

Kursus ini menjelaskan tentang pembangunan bahan PdP Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.  Dalam proses penghasilan bahan PdP ini, konsep serta kemahiran yang akan didedahkan adalah  penggunaan Internet; sumber Internet; garis panduan dan etika; cara penghasilan bahan pembelajaran digital dan laman web; penggunaan Struktur Perpautan;  model-model pengajaran berbantukan komputer; pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Talian; penggunaan alat pengarangan dan animasi dalam bahan PdP; dan penggunaan penilaian secara digital.  Di akhir kursus,  seminar dan pameran dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) akan dilaksanakan.

 

This course describes the development of media and materials for Malay Language learning through the use of computers. In the development process, concepts and skills in using the Internet; Internet resources; guidelines and ethics; the process of creating digital materials and webpages for learning, the use of hyperlink models for the structure; application of teaching models for Computer Assissted Language Learning; Malay language online learning; the use of authoring tools and animation for the materials; and the use of digital assessments for the classroom.  At the end of the course, conference and ICT exhibition will be carried out.

 

Bil.

Tajuk

Kandungan

 

Jam

 

 

1

 

 

Penggunaan Enjin Pencari untuk Bahan Bahasa Melayu

 

 

 

Penggunaan Enjin Pencari untuk Bahan Bahasa Melayu

 

  • Menilai dan menggunakan Enjin

      Pencari yang sesuai untuk penggunaan  

      bilik darjah

  • Menilai dan mencari e-sumber untuk bilik darjah seperti perisian kursus untuk PdP Bahasa Melayu
  • Menggunakan fitur web, video, audio,

      dan imej

  • Menggunakan kata kunci dan frasa

      yang sesuai untuk mendapatkan bahan

      untuk pengajaran dan pembelajaran

      bahasa Melayu.

  • Menyimpan bahan dalam bentuk perkongsian fail Internet melalui penanda laman web (bookmarks)
  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
  • Mengumpul bahan daripada Internet ke

      dalam folder berdasarkan kemahiran

      bahasa.

  • Berkongsi bahan dalam talian secara   

      pengkomputeran awan (cloud

      computing

  • Berkongsi bahan secara usaha

      kolaboratif melalui penggunaan

      penanda sosial (social bookmark)

 

 

8

 

 

 

 

 

 

 

 

2

 

Pengaplikasian Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

 

 

Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

 

  • Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet
  • Menghasilkan bahan dalam atau luar talian tentang garis panduan dan etikan penggunaan internet dengan menggunakan perisian yang sesuai.
  • Mengaplikasikan pengetahuan tentang jenis hak cipta dan lesen hakcipta umum (public copyright licenses) untuk bahan dalam talian bagi penggunaan pendidikan
  • Mengaplikasi aspek perundangan dalam mendapatkan bahan yang boleh digunakan di dalam bilik darjah.

 

4

 

3

 

Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu

 

 

Prosedur Pemilihan Bahan

 

  • Mengaplikasi pengetahuan tentang kesahan maklumat dalam pemilihan bahan Internet
  • Memilih bahan untuk Pengajaran dan

      Pembelajaran Bahasa Melayu

  • bahan untuk kemahiran Bahasa  Melayu
  • bahan untuk komponen sastera
  • bahan untuk aspek tatabahasa
  • bahan untuk aspek senibahasa
  • Memilih bahan bidang ilmu lain

 

 

4

 

4

 

Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pembelajaran Digital dan Laman Web Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian

 

 

 

 

Membina dan Menggunakan Bahan Pembelajaran Digital, Laman Web Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

 

  • Prosedur pembinaan Bahan Pembelajaran Digital bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan Laman Web Pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan Bahan Pembelajaran Digital dan Laman Web Bahasa Melayu
    • Membina ruang pembelajaran menggunakan teknologi web yang disediakan di sekolah: Frog Virtual Learning Environment (VLE)
    • Aplikasi Web 2.0
    • Aplikasi storan digital melalui Pengkomputeran Awan
  • Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan Laman Web dan Bahan Pembelajaran Digital

 

 

 

8

 

5

 

Pengaplikasian Model-model pengajaran bahasa  dalam pembinaan bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

 

 

Mengaplikasi Model-model pengajaran bahasa  dalam pembinaan bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

 

  • Membincangkan model-model pengajaran yang sesuai mengikut trenda bidang Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer /CALL (Computer Assisted Language Learning)
    • Model secara Tradisional
    • Model secara Multimedia
    • Model secara Berasaskan Web

 

  • Mengaplikasi model pengajaran yang sesuai berdasarkan Teori Pemerolehan Bahasa dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan Bahan Pembelajaran Digital
  • Membuat perancangan bagi membina bahan PdP Bahasa Melayu dalam mencapai kemahiran bahasa berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum  Bahasa Melayu sekolah rendah

 

 

4

 

6

 

Pembinaan dan Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

 

 

 

Membina dan Menyusun Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

 

  • Menggunakan papan cerita (story 

      board) untuk merancang bahan PdP

  • Menggunakan Struktur Perpautan untuk

      menyusun bahan PdP yang dirancang

  • Struktur hierarki dan struktur komposit
  • struktur linear
  • struktur rangkaian
  • Membina bahan secara untuk digunakan secara Dalam Talian atau Luar Talian.

 

 

4

 

7

 

 

Pengeditan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

 

Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian berdasarkan perancangan dan papan cerita yang telah dihasilkan

 

  • Melaksanakan pengeditan
  • Penyebaran dan perkongsian bahan

      PdP yang dibina kepada pelajar dan

      komuniti belajar (Learning

      Communities)

 

Membina Bahan Video dan Audio untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

 

  • Menentukan peringkat pengajaran dan

      Kemahiran atau aspek bahasa

  • Mengaplikasi prinsip pembinaan bahan

      video dan audio.

  • Membina bahan video dan audio seperti

      klip video dan podcasting.

  • menggunakan perisian penyunting

      video dan audio untuk pengajaran

      kemahiran dan aspek bahasa.

 

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video

 

  • Melaksanakan konferensi secara dalam

      Talian.

  • Mengadakan sidang video untuk

      mengajarkan kemahiran dan aspek

      bahasa.

 

Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu

 

  • Menggunakan alat pengarangan secara Dalam Talian seperti Web 2.0 atau alat pengarangan Luar Talian
  • Menyunting bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan Dalam Talian atau Luar Talian

 

Menggunakan Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu

 

  • Menggunakan animasi Dalam Talian atau Luar Talian untuk bahan yang dibina contohnya untuk teks dan objek
  • Memanipulasikan animasi dalam bahan PdP yang dibina

 

 

20

 

8

 

Pengaplikasian Penilaian Digital Pelajar untuk Bahan PdP Bahasa Melayu

 

 

Mengaplikasi Penilaian Digital Pelajar untuk Bahan PdP Bahasa Melayu

 

  • Penggunaan e-portfolio pelajar
  • Penggunaan Penceritaan Digital (Digital Storytelling)
  • Penggunaan alat komunikasi atas talian untuk maklumbalas kepada pelajar

 

 

 

4

 

9

 

Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang

 

 

Seminar dan Pameran TMK dalam Pengajaran Bahasa Melayu Abad ke -21

 

  • Mengadakan seminar
  • Mengadakan pameran

 

 

4

 

Jumlah

 

60

 

 

 

 

Pentaksiran

 

Peperiksaan

Kerja kursus

30%

70%

Jam Pembelajaran

Pembelajaran Bersemuka

Pembelajaran Bukan Bersemuka

 

60

100

Rujukan Asas

 

Beatty, Ken. (2003). Teaching and researching computer-assisted language learning.  London: Longman.

 

Kassim Abbas.(2009). Media dalam pendidikan: merancang dan menggunakan media dalam pengajaran dan pembelajaran: Penerbit  UPSI: Tanjong Malim.

 

Noriati A. Rashid, Boon Peng Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan

Kamaruddin Wan Hassan. (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Oxford Fajar Bakti: Shah Alam.

 

Roblyer, M.D. & Doering, A.H. (2013). Integrating technology into teaching

         (6ed.).  Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.

 

Rujukan Tambahan

Bull Susan. (1993). Towards user system collaboration in the development of a student model for intelligent computer assisted language learning.  Edinburg: Universtiy of Edinburgh.

 

Bull Susan. (1994). Student modelling beyond domain knowledge.  Edinburgh: University of Edinburgh.

 

Hardisty, D., Windeatt, S., (1989) CALL.  London: O.U.P.

 

Levy Micheal.  (1997). Computer-assisted language learning: context and

          conceptualization.  Oxford: Oxford University Press.

 

 


Panel Penggubalan Pro Forma

Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM)

Bahasa Melayu (Major)

 

Nama

Kelayakan

 

PENYELARAS IPGM

 

SITI NAFSIAH BINTI ISMAIL

 

Pegawai Penyelaras

Pusat Pembangunan Akademik

Institut Pendidikan Guru Malaysia

 

e-mel:

sitinafsiahismail@yahoo.com.my

 

Kelulusan:

Master Bahasa Melayu UPM

Bac. Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama (PBMP), UPM

 

Pengalaman:

Guru Bahasa Melayu (16 tahun)

Penolong Pengarah  di BPG (3 tahun)

Penolong Pengarah di IPGM (sejak 2011hingga kini)

 

 

PANEL AHLI

 

PUAN LATIFAH BINTI MOHD. NOR

 

Pensyarah

Jabatan Sastera

IPG Kampus Bahasa Melayu

 

e-mel:

ifa_12548@yahoo.com

 

Kelulusan

Ijazah Sarjana Pengajian Melayu (Kesusasteraan Melayu)

Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Kesusasteraan Melayu

 

Pengalaman

Guru Bahasa Melayu (17 tahun)

Pensyarah IPG (sejak 2007 hingga kini)

 

 

 

 

PANEL AHLI

 

MIMMA SAYUTI BINTI MAT KHALID

 

Pensyarah

Jabatan Teknologi Pendidikan

IPGKampus Bahasa Melayu

59990 Lembah Pantai

Kuala Lumpur

Kelulusan:

Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) UM

Bacelor Pendidikan TESL (Hons.) (Minor PBMP) UPM

Diploma Penterjemahan Komunikasi Massa (Kepujian) DBP-PPM

 

Pengalaman:

Pensyarah Teknologi Pendidikan

Guru Bahasa Inggeris (18 Tahun)

Guru ICT (15 tahun)

Guru Bahasa Malaysia (2 tahun)

 

PANEL AHLI

 

EN. ZAWAHIR BIN ISMAIL

 

Pensyarah

Jabatan Pengajian Melayu

IPG Kampus Pendidikan Teknik,

Kompleks Pendidikan

71760 Bandar Enstek

Negeri Sembilan.

 

e-mel:

zawahir@pendidikguru.edu.my

 

Kelulusan:

Master Bahasa Melayu, UPM            

Bacelor Bahasa dan Linguistik Melayu, UPM

Sijil Perguruan Pengajian Melayu MPKTBR

 

Pengalaman:

Guru Bahasa Melayu sekolah kebangsaan

 (11 tahun)

Pensyarah di IPG – sejak 2007 hingga kini        (7 tahun)