Refleksi

Alhamdulillah...

Syukur kehadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk mengikuti  Kursus Pengajian Bahasa Melay Berbannyukan Kumputer (BMM2064) di IPG Kampus Pulau Pinang. Saya Mohd Fauzi bin Abdul Hamid  dari kumpulan DPM-KDC Bahasa Melayu SABK ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada pensyarah bagi kursus ini iaitu Encik Abdul latib bin Abdul Rahman dan Encik Nor Azam bin Ariffini diatas penjelasan, bimbingan dan kuliah yang baik bagi memenuhi pro forma bagi kursus ini. Mereka    telah berjaya memberikan kesan dalam konteks membuka pandangan yang lebih luas tentang bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas itu mampu menjadi lebih baik dan menyeronokkan.

Kursus ini banyak memberikan impak positif dalam pembentukkan keperibadian dan intelektual saya dalam bidang pengajaran. Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer memberikan intipati pendekatan, teknik, strategi serta perancangan yang lebih efisyen dan melangkaui kurikulum melalui penggabingjalinannya dengan Pengajaran Bahasa Melayu.

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak faedah dan pengetahuan baru kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan Negara. Semoga Allah S.W.T member kekuatan dan keyakinan diri dalam mengharungi liku-liku sebagai sorang pendidik demi memenuhi Falsafah Pendidikan Negara.