Tajuk 1: PENGGUNAAN ENJIN PENCARI UNTUK BAHASA MELAYU

 

Pada Interaksi ini Encik Latib bin Abd Rahman telah memberi penerangan tentang enjin pencari untuk bahan -bahan internet khususnya Bahasa Melayu. Saya difahamkan terdapat pelbagai jenis enjin pencari di dalam internet. Mesin pencari/search engine adalah satu-satunya yang membebaskan kita dari kebingungan dan kekacauan menjelajah internet. Saat ini terlalu banyak penyedia informasi di internet, dan memeriksanya satu persatu tanpa mesin pencari adalah pekerjaan yang merumitkan.

Di antara mesin pencari yang popular ialah Yahoo!, Alltheweb, MSN, AskJeeves, Google, AltaVista, dan Lycos.

Berikut adalah macam-macam mesin pencari/search engine di dunia:

Dalam interaksi ini juga kami di dedahkan bagaimana cara mendapatkan bahan dengan menggunakan Enjin Pencari yang sesuai untuk penggunaan bilik darjah. Dalam membuat pencarian, penggunaan kata kunci, frasa yang sesuai adalah penting untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu. Pelajar perlu bijak dalam mencari dan menilai bahan yang sesuai yang terdiri daripada teks, audio, video atau grafik. 


Penilaian terhadap enjin pencari bergantung kepada beberapa faktor:

a) cepat, mudah mencari maklumat

b) mempunyai ciri-ciri yang canggih dan mesra pengguna

c) Paparan yang sederhana dan tak terlalu kompleks

d) Kekerapan penggunaan oleh pengguna internet

e) kelajuan enjin pencari dan

f) kemudahan untuk ekses dan muat turun bahan

 

Rujukan: 1. https://mediaonlinenews.com/internet/macam-macam-mesin-pencari-search-engine-di-dunia#sthash.cgsjUiFl.dpuf

              2. Modul BMM2064( Pengajaran Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer) Kem. Pendidikan Malaysia.